Dua beradik maut motosikal dirempuh kereta

JOHOR BAHRU – Dua beradik menemui ajal selepas motosikal dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kedua-dua mangsa merupakan kakak dan adik lelaki yang masing-masing berusia 20 dan 15 tahun.

“Kemalangan pada kira-kira pukul 9.50 malam itu dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki kedua-dua mangsa telah membelok ke kanan sewaktu persimpangan lampu isyarat.

“Mangsa dikatakan membelok ketika lampu isyarat berwarna merah. Bagaimanapun, sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun sedang bergerak terus ketika lampu isyarat berwarna hijau gagal mengelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa tercampak disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Ulu Dong, dekat Raub, hujung bulan lalu. Perkara itu diumumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

Kerajaan naikkan gred 125,000 penjawat awam Gred 1 ke Gred 5 mulai 2027

Kerajaan naikkan gred 125,000 penjawat awam Gred 1 ke Gred 5 mulai 2027