Kerajaan MADANI stabil, parti komponen perlu tolak persengketaan

TAPAH – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa kestabilan Kerajaan MADANI perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memacu pembangunan dan membela nasib rakyat.

Beliau berkata, rakan rakan parti komponen, baik Pakatan Harapan (PH) mahupun Barisan Nasional (BN) perlu sedar ketika ini bukan lagi untuk bertelagah soal kaum dan agama.

“Kerajaan ini dah stabil, tak mahu lagi bergaduh soal kaum, agama.

“Tak ada masa dah untuk itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perpaduan Perak sempena PRK DUN Ayer Kuning di Kampung Baharu Coldstream, pada Ahad.

Menurut Nurul Izzah, tahun ini Malaysia berada di ambang peranan besar sebagai Pengerusi ASEAN, dalam keadaan dunia berdepan tekanan kuasa besar, Amerika Syarikat.

Jelasnya, perkara itu perlu buktikan kekuatan dan kesatuan parti-parti politik dalam gabungan itu supaya boleh bersama-sama Malaysia, termasuk di seluruh negeri Perak memperkasa negara.

“Keutamaan kerajaan adalah memastikan segala dasar yang digubal Kerajaan Perpaduan berpaksikan keperluan rakyat, terutama selepas negara pulih daripada pandemik COVID-19.

“Ini termasuklah usaha membasmi kemiskinan dan membuka peluang pekerjaan antaranya menerusi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Dulu kena tunggu dapat ijazah. Sekarang, nak daftar belajar pun boleh. Belajar, belajar supaya masa depan dapat dijaga,” katanya.

Majlis Makan Malam Perpaduan Perak dihadiri lebih 2,600 orang itu dimeriahkan dengan kehadiran Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Hadir sama, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon; Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari dan Chang Lih Kang, serta Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

AHLI Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng