PM kagum dengan kestabilan politik Sarawak, puji kepemimpinan Sarawak

KUCHING – Sarawak satu-satunya negeri yang berani memperuntukkan dana yang besar untuk membangunkan infrastruktur sendiri seperti jambatan, lebuh raya, bekalan air dan elektrik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan tersebut berjaya direalisasikan kerana sistem politik yang stabil dan kepemimpinan yang berwawasan.

“Ini kerana pemimpin yang tegas dan berwawasan serta terbuka dengan idea baharu menjadi Sarawak menjadi paling ke hadapan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Sarawak di Stadium Perpaduan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama dengan lebih erat dengan kerajaan Sarawak dalam membangunkan industri gas dan minyak.

“Saya turut kagum dengan langkah yang proaktif oleh kerajaan Sarawak yang tidak terlalu bergantung kepada dana Persekutuan, sebaliknya menggunakan dana negeri demi mempercepat pelaksanaan projek demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Selain itu, Anwar turut menegaskan kestabilan politik dan sentiasa bersifat terbuka dalam berunding antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sarawak merupakan formula terbaik dalam memastikan pembangunan Sarawak terus berkembang pesat. 

Kredit: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok