Pasukan perubatan Malaysia akan dipanggil pulang jika keselamatan di Myanmar terancam

TAPAH – Malaysia bersedia menarik balik pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dihantar ke Myanmar sekiranya keselamatan mereka terancam.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pegawai dan anggota yang dihantar dan pendirian tegas itu sudah dimaklumkan kepada rakan sejawat dari Myanmar, U Than Swe.

Katanya, negara berkenaan juga telah diberi kata dua bahawa penarikan semula misi itu turut membabitkan negara anggota ASEAN lain

“Malaysia dah dapat ‘lampu hijau’ … dan saya sendiri meminta pihak Myanmar supaya ‘stand down’, jangan ketika negara (Myanmar) menghadapi bencana, mereka masih lagi nak bergaduh.

“Jika didapati wujud isu yang boleh memudaratkan keselamatan pasukan kita, kita tidak akan teragak-agak untuk menarik balik.

“Saya juga beritahu perkara itu kepada rakan sejawat di ASEAN dan PBB, jadi mereka (Myanmar) jangan sesekali tidak mempedulikan keselamatan pasukan kita,” katanya pada sidang media  selepas mengadakan kempen rumah ke rumah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Batu Masjid, pada Jumaat

Turut hadir sama, calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata,  misi bantuan yang dihantar Malaysia ke Myanmar bukan bermakna negara mengiktiraf kerajaan junta itu sebaliknya atas dasar kemanusiaan terhadap rakyat yang terjejas akibat gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.

Kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menerajui misi kemanusian bersama negara anggota lain.

“Saya ulangi sekali lagi bahawa penglibatan Malaysia dan negara-negara ASEAN ini bukan bermakna kita mengiktiraf kerajaan yang ada sekarang.

“Kita buat ini adalah di atas dasar kemanusiaan dan membantu rakyat Myanmar yang rata-rata mengalami bencana ini dengan teruk,” katanya.

Malaysia menghantar pasukan perubatan ATM ke Myanmar hari ini bagi melaksanakan Operasi Bantuan Kemanusiaan (Operasi Starlight III) susulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada 28 Mac lalu.

Pasukan itu terdiri 69 orang, termasuk 16 pegawai dan 53 anggota pelbagai kepakaran, antaranya ‘Forward Anaesthesia and Surgical Team’ (FAST) Hospital Medan Malaysia, elemen daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) bersama pasukan keselamatan.

Hospital Medan berkenaan akan beroperasi di kawasan Sagaing, Myanmar dan tidak menolak kemungkinan bakal berubah lokasi berdasarkan keadaan semasa.

Related Posts

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR – Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

KAJANG – Status kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak kekal tidak berubah meskipun bekas Perdana Menteri itu diberikan pengampunan bersyarat. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram