AI perlu dimanfaat, perkukuh pendidikan karakter – Fadhlina

KOTA KINABALU – Teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak lagi harus dianggap sebagai ancaman sebaliknya perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkukuh sistem pendidikan karakter yang membentuk nilai dan akhlak pelajar, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, tumpuan ketika ini adalah bgaimana ruang dan peluang yang diwujudkan AI dapat digunakan untuk meningkatkan mutu pendidikan negara.

Fadhlina turut mengambil contoh seorang pemikir yang juga tokoh pendidikan AI iaitu Salman Khan yang mempopularkan sebuah platform dikenali sebagai ‘Khan Academy’.

“Apa yang disebut Salman Khan, AI adalah ruang yang sangat baik untuk memperkukuh pendidikan dan melihat bahawa perjalanan Salman Khan adalah sebuah perjalanan yang cuba menegaskan bahawa nilai kemanusiaan masih tinggi, walaupun AI mengambil alih sebahagian besar tugas manusia,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Kepimpinan Madani : Cakna Pendidikan Digital di Dewan Resital UMS di sini, pada Khamis.



Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan agar ibu bapa tidak menanam rasa takut dalam diri anak-anak dengan kemajuan teknologi.

Menurut Fadhlina, satu pendekatan kurikulum baharu akan diperkenalkan pada 2027 yang menekankan aspek pendidikan karakter sebagai asas membentuk generasi yang berakhlak tinggi.

Beliau turut menyebut tokoh pendidikan Amerika Syarikat, Thomas Lickona, sebagai penggerak gerakan pendidikan karakter melalui penulisan seperti ‘Character Matters’, ‘How to raise a kind kid’ dan ‘The Return of Character Education’.

“Teknologi akan terus berkembang, fasiliti sedang kita perkasakan. Namun, pendidikan karakter mesti terus dikuatkan kerana ia adalah asas kepada pembentukan insan.

“Apabila pendidikan karakter ini diselarikan dengan teknologi digital dan AI, kita akan melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga memiliki akhlak dan nilai kemanusiaan yang tinggi,”ujarnya.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff