4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-16

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 DUN Sabah ke-16 di sini, pada Khamis.

Antara RUU baharu yang diluluskan ialah RUU Baja Pertanian 2025, selain beberapa pindaan ke atas RUU Hutan (Pindaan) 2025; RUU Tanah (Pindaan) 2025; dan RUU Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2023 (Pindaan) 2025.

Kesemua RUU berkenaan mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah menerusi undian suara.

Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya mengumumkan kelulusan itu selepas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan membentangkan RUU Baja Pertanian 2025.

Dalam ucapannya, Kadzim turut merakamkan ucapan tahniah kepada Tun Dr Musa Aman atas pelantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11.

“Dengan pengalaman luas Tun dalam memimpin dan mentadbir negeri ini, pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri diyakini akan terus membawa manfaat kepada rakyat dan menjamin kestabilan serta kemajuan Sabah,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menjunjung kasih kepada Tun Musa atas perkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Tahun 2025 DUN Sabah ke-16, serta atas ucapan dasar yang telah disampaikan baru-baru ini.

Kadzim juga merakamkan penghargaan kepada mantan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Juhar Mahiruddin, atas khidmat bakti dan sumbangan besar sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran persidangan kali ini.

“Namun, saya sendiri tidak pasti adakah ini sidang terakhir bagi penggal ke-16,” katanya.

Kadzim turut menasihatkan agar perbezaan pandangan sepanjang sesi perbahasan tidak menjadi punca perpecahan, sebaliknya mengingatkan semua ADUN bahawa matlamat utama adalah berkhidmat demi kebaikan rakyat dan negeri Sabah.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP