Kerajaan Sabah sedia tambah baik kemudahan rumah warga tua

KOTA KINABALU – Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah bersedia menambah baik kemudahan di pusat jagaan warga tua, bagi memastikan lebih ramai golongan emas menerima penjagaan yang selesa dan berkualiti.

Pembantu Menterinya, Datuk Flovia Ng berkata, kementerian turut mengambil kira keperluan penambahan katil di rumah-rumah warga tua sedia ada, bergantung kepada keluasan ruang yang tersedia.

“Berkaitan kapasiti rumah warga emas yang dibangkitkan, kementerian akan berusaha menambah katil di pusat berkenaan mengikut ruangan yang ada.

“Namun, jika ruang sedia ada tidak mencukupi, kementerian akan berusaha menambah ruangan bagi menampung keperluan tersebut,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Alias Sani, semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Flovia turut memaklumkan bahawa kementerian juga komited meneliti isu berkaitan kekurangan penjaga di rumah warga tua dan bersedia mempertimbangkan sebarang cadangan yang dikemukakan oleh wakil rakyat.

“Selain isu katil, kementerian turut memberi perhatian kepada keperluan penjaga di rumah warga emas dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan daripada para ADUN bagi membantu memperbaiki perkhidmatan penjagaan warga emas di Sabah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa seramai 78 warga emas di kawasan DUN Sekong menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah sepanjang tahun 2024, terdiri daripada 55 lelaki dan 23 wanita.

Related Posts

PMX paling serius santuni tuntutan MA63 – Majlis Belia Sabah

KOTA KINABALU – Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah, Mohd Nur Hilmie Milus menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai pemimpin yang paling serius dalam menyantuni tuntutan Sabah di bawah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX umum bayaran interim hasil Sabah dinaik kepada RM1.5 bilion

PENAMPANG – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peningkatan bayaran interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion, sementara rundingan muktamad mengenai tuntutan hasil negeri sebanyak 40 peratus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX paling serius santuni tuntutan MA63 – Majlis Belia Sabah

PMX paling serius santuni tuntutan MA63 – Majlis Belia Sabah

PMX umum bayaran interim hasil Sabah dinaik kepada RM1.5 bilion

PMX umum bayaran interim hasil Sabah dinaik kepada RM1.5 bilion

Mustapha hargai PMX, naikkan bayaran interim pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion

Mustapha hargai PMX, naikkan bayaran interim pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion

Gara-gara mabuk, 9 lelaki ditahan merusuh di pusat snuker

Gara-gara mabuk, 9 lelaki ditahan merusuh di pusat snuker

AS puji Malaysia atas peranan aktif sokong keamanan Thailand-Kemboja

AS puji Malaysia atas peranan aktif sokong keamanan Thailand-Kemboja

Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang