Menara 11 tingkat MPS sebagai aset strategik pemacu ekonomi Sandakan

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif untuk menghidupkan semula Menara Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sebagai aset strategik dan pemacu pertumbuhan ekonomi Sandakan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Isnin Aliasnih berkata, menara 11 tingkat yang terletak di lokasi strategik pusat bandar itu bakal dioptimumkan melalui pelbagai pendekatan termasuk pelaksanaan model pengurusan baharu seperti sewa pajakan atau kerjasama awam-swasta (PPP).

“MPS juga menawarkan pakej sewaan kompetitif kepada syarikat korporat dan pelabur bagi menjadikan bangunan ini sebagai pusat komersial utama.

“Selain merancang kerjasama dengan sektor swasta untuk meningkatkan daya tarikan premis tersebut,” katanya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini pada Selasa.

Tambahnya, kerja-kerja menaik taraf infrastruktur seperti sistem perparitan, pencahayaan, CCTV dan aspek keselamatan sedang dijalankan di sekitar kawasan menara.

“MPS turut melihat peluang menjana pendapatan tambahan melalui sewaan ruang iklan di bangunan tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan ADUN Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam persidangan itu, mengenai langkah kerajaan negeri memperkasa menara MPS.

Sehubungan itu, katanya, kementerian yakin dengan sokongan pihak pengurusan dan Presiden MPS yang baharu.

“Menara MPS akan menjadi salah satu pemacu utama dalam menjadikan pusat bandar Sandakan sebagai ‘Central Business District’ (CBD) yang lebih aktif dan berdaya saing,” ujar beliau.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran