Pemergian Khurshid Ahmad kehilangan besar ekonomi dunia Islam

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian tokoh ekonomi, Prof Khurshid Ahmad, yang meninggal dunia semalam, sebagai satu kehilangan besar kepada dunia Islam.

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata, Allahyarham bukan sekadar seorang ilmuwan, malah pemikir ulung serta arkitek kepada pemikiran ekonomi Islam moden dan pengasas bersama The Islamic Foundation di United Kingdom.

“Salam takziah, semoga Allah SWT menerima segala amal soleh beliau, mengampunkan segala dosanya, melapangkan kuburnya dan menempatkan beliau bersama para syuhada dan solihin,” katanya.

Perdana Menteri turut berharap supaya legasi ilmu ditinggalkan Khurshid Ahmad akan terus menyinari generasi akan datang.

Media antarabangsa hari ini melaporkan Khurshid Ahmad – yang lahir pada 23 Mac 1932 di New Delhi, India – meninggal dunia pada usia 93 tahun di Leicester, United Kingdom, semalam.

Sementara itu dalam hantaran berasingan Anwar meluahkan rasa sedihnya atas kematian pengarang Peru, Mario Vargas Llosa dan menyifatkan pemenang Hadiah Nobel itu sebagai tokoh sastera yang karyanya menyuburkan minda dan mencabar pemikiran.

“Apabila saya menerima anugerah ‘Order of the Sun of Peru’ tahun lepas, saya memikirkan tentang betapa istimewanya menerima pengiktirafan yang pernah diberikan kepadanya sebelum ini,” katanya.

Anwar berkata, tulisan Vargas Llosa merakamkan sesuatu yang unik bagi rakyat Peru namun sangat universal, sambil menambah bahawa legasinya akan kekal.

Related Posts

Pemansuhan AUKU perlu lahirkan kerangka perundangan lebih progresif – Adam Adli

KUALA LUMPUR – Kerangka perundangan baharu yang bakal menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 perlu memberi ruang lebih luas kepada universiti untuk membangunkan budaya akademik yang bebas, progresif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA
  • AdenAden
  • August 18, 2026

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa kini menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan Hidupan Liar (K9) bagi mengesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabang Sepang (KLIA) dekat sini. Penggunaan khidmat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar