Pendekatan holistik lonjak kebolehpasaran graduan Unimap

KANGAR – Pendekatan holistik yang menekankan pembangunan akademik dan sahsiah pelajar menjadi antara kunci kejayaan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dalam meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan tahun lalu.

Naib Canselor Unimap, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli berkata, universiti tersebut mencatat kadar kebolehpasaran sebanyak 98.9 peratus pada 2024, iaitu tertinggi sejak ditubuhkan pada 2002.

“Pencapaian ini bukan sekadar angka, tetapi refleksi kejayaan strategi universiti dalam melahirkan graduan yang seimbang dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai kepimpinan,

“Data tersebut diperoleh melalui Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), merangkumi pelbagai kategori graduan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, data tersebut merangkumi mereka yang telah bekerja, menyambung pengajian, menjalani latihan kemahiran atau menunggu penempatan pekerjaan.

Menurut Zaliman lagi, kadar bekerja graduan Unimap juga mencatat angka tinggi iaitu 98.8 peratus bagi tahun sama.

“Kejayaan itu turut disumbang oleh pelaksanaan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta latihan industri secara menyeluruh.

“UniMAP turut melaksanakan bimbingan kerjaya, pementoran profesional serta pelbagai aktiviti pembangunan insaniah untuk memastikan graduan bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar,” ujarnya.

Katanya lagi, usaha itu, jelasnya, menunjukkan Unimap bukan hanya memfokuskan kejayaan akademik semata-mata, tetapi turut memperkukuh aspek nilai dan kemahiran insaniah.

Tambah beliau, universiti berterima kasih kepada semua pensyarah, pelajar serta rakan strategik industri atas sumbangan dan sokongan dalam memastikan misi ini tercapai.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam