Anwar hadir rumah terbuka Aidilfitri Zahid

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Rumah Terbuka Lebaran Kasih Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di kediaman rasminya di Sri Satria, Presint 16, di sini, hari ini.

Perdana Menteri ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Sri Satria jam 7.57 malam dengan disambut Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Majlis itu dihadiri lebih 20,000 pengunjung dengan tinjauan Berita Harian mendapati orang ramai mula memenuhi ruang legar Sri Satria seawal jam 7 malam.

Antara dilihat turut hadir termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi MARA yang juga Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beberapa duta asing turut dilihat hadir memeriahkan majlis.

Selain pelbagai juadah tradisional disajikan kepada pengunjung termasuk lemang, sate, soto ayam dan cendol, pertunjukan bunga api turut memeriahkan majlis rumah terbuka ini.

Ketika majlis, Ahmad Zahid yang memakai baju emas terang bersama isteri turut meluangkan masa beramah mesra bersama pengunjung yang hadir.

Seramai 25 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Anak-Anak Insan Al Rahmat Hikmah menerima sumbangan duit raya.

Acara berlangsung dari jam 8 hingga 11 malam itu bertujuan mengukuhkan semangat ukhuwah dan kasih sayang sesama insan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Related Posts

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM