DBP Sarawak terus perkasakan bahasa kebangsaan, pelihara warisan bahasa etnik

KUCHING – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak terus komited dalam usaha memperkasa bahasa kebangsaan serta memelihara warisan bahasa etnik demi generasi akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro merangkap Ahli Lembaga Pengelola DBP Malaysia Safiee Ahmad menegaskan komitmen DBP dalam memperkasa Bahasa Kebangsaan serta memelihara bahasa etnik.

“Sarawak negeri yang luas dan kaya dengan kepelbagaian etnik. DBP bukan sahaja perlu mengangkat martabat Bahasa Kebangsaan tetapi turut bertanggungjawab melindungi bahasa warisan agar terus hidup demi generasi akan datang,” katanya dalam ucapan Majlis Lestari Bahasa 2025.

Menurut beliau, kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi negeri dan persekutuan, media serta badan bukan kerajaan (NGO) amat penting dalam menjayakan usaha kebahasaan di negara ini.

Sementara itu, Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Dr. Azizul Ismail berkata, majlis berkenaan diadakan bagi menghargai sumbangan pihak yang berganding bahu menjayakan pelbagai program bahasa, sastera dan penerbitan sepanjang tahun 2024.

“DBP Cawangan Sarawak sentiasa bersedia berkongsi kepakaran dengan mana-mana pihak yang berminat dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan,” katanya.

Antara penyumbang utama yang diraikan termasuk Rudi Affendi Khalik yang menerima Anugerah Tinta Warta DBP atas sumbangannya dalam memperkasa bahasa dan kesusasteraan menerusi penulisan dan pandangan yang berwibawa.

Sementara itu, dua individu turut menerima Anugerah Tokoh Lestari sebagai pengiktirafan terhadap penglibatan aktif mereka dalam memartabatkan bahasa di Bumi Kenyalang.

DBP turut menyampaikan Watikah Penghargaan Citra Rakan Sinergi kepada 31 rakan strategik yang terdiri daripada 17 agensi awam, lapan pengamal media dan enam NGO.

Turut hadir Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Ahmad Nadzri Mohd. Hassan; Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, Abang Haliman Abang Julai; dan Ahli Lembaga Pengelola DBP, Datuk Dr. Jeniri Amir bersama-sama tetamu kehormat lain.

Related Posts

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka