Polis ingatkan pengguna waspada laluan berisiko di KM11 Jalan Ranau-Tambunan

RANAU – Polis mengingatkan pengguna jalan raya agar berwaspada ketika melalui laluan berisiko di Kilometer 11 (KM11), Jalan Ranau-Tambunan, khususnya di kawasan Kampung Kinasaraban.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau menerusi satu kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa lokasi tersebut dikenal pasti sebagai kawasan yang berisiko tinggi berlakunya kemalangan.

“Hasil tinjauan lanjut oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) serta Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Ranau mendapati beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan kemalangan.

“Antaranya termasuk jalan yang sempit akibat kerosakan bahu jalan (runtuhan lama), selekoh menurun dan tajam tanpa penghadang keselamatan, permukaan jalan licin ketika hujan, serta ketiadaan papan tanda amaran di lokasi,” menurut kenyataan itu, pada Rabu.

Setakat ini, dua insiden kemalangan telah direkodkan di lokasi terbabit dalam tempoh kurang seminggu, melibatkan kenderaan terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter.

Susulan situasi itu, IPD Ranau telah membuat laporan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak konsesi untuk tindakan segera termasuk pemasangan papan tanda dan kerja-kerja pembaikan.

Sehubungan itu, polis menasihati pengguna jalan raya supaya memandu perlahan dan berhati-hati, serta mengelakkan memotong di laluan yang sempit dan mempunyai selekoh tajam.

Pengguna juga digesa lebih peka terhadap keadaan permukaan jalan, terutamanya ketika hujan atau waktu malam, serta mematuhi papan tanda amaran dan mempertimbangkan laluan alternatif jika perlu.

Sebarang maklumat atau aduan boleh disalurkan kepada IPD Ranau melalui talian rasmi atau di balai polis berhampiran.

Related Posts

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

KULAI – Majlis Perbandaran Kulai Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) menutup serta-merta sebuah kilang dalam kawasan perindustrian, di sini kerana didapati memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik. Pengerusi Jawatankuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

KANGAR – Gara-gara perselisihan faham berkaitan isu peribadi, seorang lelaki yang bertindak membuat hantaran berunsur ugutan untuk mencederakan individu lain menggunakan sebilah pedang, ditahan polis. Pemangku Ketua Polis Perlis, Senior…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029