Sabah lancar Pelan Pengurusan Gajah Tahanan, usaha lindungi gajah Borneo

KOTA KINABALU – Sabah melakar satu langkah penting dalam usaha pemuliharaan hidupan liar dengan melancarkan Pelan Pengurusan Gajah Tahanan (CEMP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Rabu.

Pelancaran itu diumumkan sempena pembukaan Simposium Pemuliharaan gajah Borneo yang menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, pakar pemuliharaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti tempatan.

Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew berkata, CEMP dan input daripada simposium tersebut diyakini mampu melonjakkan usaha pemuliharaan gajah Borneo ke tahap yang lebih tinggi.

“CEMP yang kita lancarkan hari ini merupakan langkah besar ke hadapan dalam meningkatkan piawaian penjagaan gajah di Sabah.

“Ia juga mengukuhkan komitmen kita untuk memastikan amalan terbaik pengurusan gajah secara ex-situ dan usaha pemuliharaan jangka panjang.

“Matlamat kita jelas iaitu kita mahu kemudahan gajah tahanan seperti Bornean Elephant Sanctuary dan Taman Hidupan Liar Lok Kawi diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai pusat kecemerlangan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan CEMP dan mengisytiharkan pembukaan Simposium Pemuliharaan Gajah Borneo di SICC.

Jelasnya, CEMP serta Simposium Pemuliharaan Gajah Borneo bukan sekadar satu acara biasa tetapi ia adalah satu pencapaian penting dalam usaha kolektif untuk melindungi salah satu spesies paling ikonik di Sabah, iaitu gajah Borneo.

“Sabah merupakan habitat kepada gajah terkecil di dunia, satu spesies yang tidak terdapat di mana-mana tempat lain di muka bumi ini.

“Walaupun keunikan ini menjadikan mereka aset pelancongan yang amat bernilai namun kewujudan mereka semakin terancam akibat kehilangan habitat dan konflik antara manusia dan hidupan liar,” tambahnya.

Christina berkata, konflik antara manusia dan gajah sememangnya wujud namun ia tidak menjadi beban sekiranya cabaran itu dapat diadaptasi dalam kehidupan masyarakat yang mampu memberi satu impak positif kepada komuniti.

“Keseimbangan antara kebajikan rakyat Sabah dan pemuliharaan gajah secara harmoni adalah sangat penting.

“Kita mesti mencari penyelesaian yang memberi manfaat kepada komuniti dan juga gajah.

“Kita telah melihat contoh kejayaan dalam mengubah cabaran alam sekitar menjadi peluang transformasi. Contoh terbaik ialah pengumpulan telur penyu laut yang menjadi produk pelancongan berasaskan pusat penetasan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata penguatkuasaan dalam melindungi gajah juga perlu ditingkatkan.

“Pemburuan haram dan pembunuhan secara tidak sah mesti dikenakan tindakan pendakwaan yang tegas untuk mencegah kesalahan berulang.

“Perangkap jerat, pembunuh senyap hidupan liar, juga mesti dihapuskan. Ini memerlukan rondaan yang lebih kerap, penyingkiran aktif perangkap dan hukuman lebih berat ke atas pesalah,” katanya.

Justeru itu, beliau mengajak semua agar melindungi, memelihara dan hidup bersama makhluk yang mengagumkan ini untuk generasi akan datang.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta