DBKK jalin kerjasama strategik tangani cabaran alam sekitar

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil langkah proaktif dalam menangani cabaran alam sekitar yang semakin membimbangkan, termasuk isu pencemaran laut, pengurusan sisa elektronik dan minyak masak terpakai.

Justeru itu, tiga Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai untuk usaha kelestarian alam sekitar dalam Majlis Menandatangani MoU antara DBKK dan Marine Research Foundation, Lagenda Bumimas Sdn Bhd dan Arus oil, di sini pada Rabu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, ini mencerminkan komitmen bersama dalam membentuk bandar raya yang bukan sahaja cemerlang dari segi fizikal malah lestari dari aspek alam sekitar, sosial dan ekonomi.

“Melalui kerjasama ini, kita sedang berusaha untuk memastikan bahawa visi dan misi Kerajaan Negeri Sabah khususnya aspirasi Sabah Maju Jaya dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang jelas dan berimpak tinggi.

“Inisiatif ini sebagai satu pendekatan inovatif dalam pengurusan sumber dan sisa, yang mampu menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandar raya yang lebih bersih dan mesra alam.

“Kerjasama tersebut bukan sahaja memberi kesan positif kepada pengurusan alam sekitar malah membuka peluang pekerjaan, meningkatkan kesedaran masyarakat serta menyokong pembangunan ekonomi hijau secara berterusan,” katanya semasa berucap di majlis tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Rabu.

Beliau yang juga merangkap Menteri yang bertanggungjawab kepada DBKK berkata setiap MoU yang ditandatangani merupakan sebahagian daripada transformasi menyeluruh yang sedang digerakkan di Sabah.

“Ini bagi mencapai pembangunan seimbang dan berdaya tahan tanpa mengabaikan aspek pemuliharaan alam sekitar.

“Aspirasi Sabah Maju Jaya hanya dapat direalisasikan melalui kerjasama strategik antara sektor awam, swasta dan masyarakat.

“Semua pihak perlu terus berusaha menjadikan Sabah sebuah negeri yang hijau, mampan dan sejahtera,” ujarnya.

Sementara itu, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Sabin Samitah berkata, kerjasama ini sejajar dengan aspirasi DBKK untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya pintar, dinamik dan mampan yang berlandaskan prinsip pembangunan lestari serta inovasi berimpak tinggi.

“Marine Research Foundation akan melaksanakan projek pembersihan laut dan pelan tindakan sisa marin.

“Legenda Bumimas Sdn Bhd pula fokus kepada pengurusan e-waste melalui fasiliti moden dan konsep Waste-to-Energy.

“My Protech Sdn Bhd akan mengurus kitar semula minyak masak terpakai melalui sistem bersepadu dan teknologi biodiesel mesra alam,” katanya.

Jelasnya, inisiatif ini bukan sekadar acara simbolik, tetapi manifestasi komitmen bersama untuk memperkasa masa depan Kota Kinabalu ke arah bandaraya lebih bersih, lestari dan berdaya tahan.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta