Awi wakili semua pengundi Nenggiri- Zahid

GUA MUSANG: Calon yang mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan mewakili semua pengundi termasuk generasi muda di kawasan itu.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon yang dipilih itu akan mewakili generasi baharu dan membawa suara mereka.

“Kita ucapkan terima kasih kepada Ketua Bahagian UMNO Bahagian Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah) kerana memberi peluang kepada Awi (Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani) yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan Gua Musang

“Beliau (Awi) boleh mewakili kumpulan generasi muda dan kita tahu mereka berumur 40 tahun adalah majoriti pengundi di Nenggiri.

“Insya-Allah beliau bukan hanya mewakili penduduk Nenggiri, malah akan mewakili generasi baru di Gua musang serta Kelantan keseluruhannya,” katanya pada sidang media di Pusat Penamaan Calon PRK DUN Nenggiri di Dewan Perdana Majlis Daerah Gua Musang hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengarah Pilihan Raya BN PRK Nenggiri, Tengku Razaleigh Hamzah.

Terdahulu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Nenggiri, Nik Raisnan Daud mengumumkan pertembungan satu lawan satu antara calon PAS Mohd Rizwadi Ismail dengan calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Beliau yang juga Presiden UMNO, berkata Insya-Allah di bawah kepimpinan Ku Li, BN yakin pendokong UMNO dan BN akan terus beri dokongan kepada calon yang dicadangkan oleh kepimpinan bahagian dan kepimpinan BN Pusat.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan