Pengendali media sosial belum daftar akan diberi peringatan

CYBERJAYA – Masih ada beberapa syarikat dan penyedia media sosial yang belum membuat pendaftaran sebagai pengoperasi yang sah di Malaysia.

Demikian dedah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sambil menegaskan kesedaran dan peringatan mengenai kepentingan pendaftaran akan diberikan kepada pihak terlibat dari semasa ke semasa.

Katanya, ia supaya pengendali media sosial bertanggungjawab dan mengambil serius tentang perkara itu.

“Kita nak platform-platform lebih bertanggungjawab. Sekarang kita lihat platform-platform dah terhantuk baru terngadah. Dah terima surat atau panggilan baru lah ambil tindakan,” katanya menurut laporan Instagram Berita RTM.

Tambah Fahmi, beliau juga telah mengadakan pertemuan bersama pengendali media sosial di Singapura baru-baru ini dan pihak terlibat bersedia untuk memberi kerjasama bagi melesenkan platform masing-masing.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Perasmian Sidang Anak Muda di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya pada Sabtu.

Related Posts

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

PORT DICKSON – Tindakan lebih tegas perlu dilaksanakan kerajaan termasuk mengharamkan mana-mana individu atau pihak yang secara terbuka mempertikaikan asal usul orang Melayu, bagi mengekang perbuatan itu daripada terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Limpahan pemerkasaan ekonomi dinantikan penduduk Port Dickson

Limpahan pemerkasaan ekonomi dinantikan penduduk Port Dickson

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang