Junta Myanmar umum gencatan senjata sementara

TENTERA yang memerintah Myanmar mengumumkan gencatan senjata selama tiga minggu terhadap kumpulan penentang berikutan gempa bumi dahsyat meragut hampir 2,900 nyawa, lapor Anadolu.

Sebelum ini, junta menolak cadangan gencatan senjata daripada kumpulan penentang yang bertujuan membolehkan operasi menyelamat dijalankan.

Dalam kenyataan dikeluarkan, tentera Myanmar berkata, gencatan senjata yang akan berkuat kuasa sehingga 22 April itu bertujuan memudahkan usaha bantuan selepas bencana.

Pengumuman dibuat selepas laporan mengenai serangan terhadap konvoi bantuan Palang Merah China pada malam Selasa ketika kempen serangan udara terhadap kumpulan penentang.

Junta yang merampas kuasa pada 2021 turut memberi amaran kepada kumpulan itu agar tidak melakukan sebarang gangguan.

Pengisytiharan gencatan senjata itu dibuat menjelang lawatan ketua junta, Min Aung Hlaing ke Bangkok bagi menghadiri sidang kemuncak serantau.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula