Isu kuil: MCMC panggil dua pentadbir FB rekod keterangan, 106 kandungan diturunkan

PUTRAJAYA – Dua individu yang berperanan sebagai pentadbir utama sebuah kumpulan Facebook (FB) yang digunakan sebagai platform utama bagi penyebaran maklumat dan komentar yang dipercayai boleh membangkitkan ketegangan antara kaum dan agama seterusnya mencetuskan ketidaktenteraman awam telah diambil keterangan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, sesi rakaman percakapan itu dijalankan pukul 9 malam, 27 Mac lalu, di Ibu Pejabat MCMC di sini, selepas menerima aduan orang ramai.

“Sebuah telefon bimbit dan kad SIM telah disita bagi tujuan pembuktian kes dan ketika ini kes disiasat di bawah seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

“Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM500,000, atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Sementara itu, MCMC memberitahu
pihaknya turut mengemukakan 110 permohonan kepada Meta bagi menurunkan kandungan yang bersifat perkauman dalam kumpulan FB tersebut.

Jelasnya, daripada 110 permohonan yang dikemukakan, Facebook mendapati bahawa 106 kandungan telah melanggar Piawaian Komuniti Facebook dan diturunkan.

“MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk memuat naik sebarang kandungan yang boleh mencetuskan kebencian terhadap mana-mana kaum atau agama.

“Tindakan sedemikian bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET