MPKS perkenal Majlis Kanak-kanak Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) menubuhkan Majlis Kanak-Kanak Kota Samarahan sebagai platform memperkasakan suara anak muda.

Pengerusi Penganjur Jawatankuasa Tetap Pembangunan Masyarakat dan Pelancongan MPKS , Dr Florince Christy berkata, majlis ini berazam untuk memperjuangkan hak kanak-kanak dan individu muda, bertujuan untuk membawa perubahan positif dalam perbandaran Kota Samarahan.

Menurut Florince, matlamat utama majlis tersebut ialah menjaga dan memajukan hak kanak-kanak di Kota Samarahan yang mendorong peningkatan yang ketara merangkumi pelbagai sektor dalam masyarakat.

“Dengan menyertai majlis ini, golongan muda akan berpeluang mempengaruhi dasar tempatan, menyumbang kepada pembangunan komuniti dan membangunkan kemahiran kepemimpinan.

“Ini adalah peluang untuk orang muda menyuarakan pandangan mereka dan memberi impak kepada isu penting melibatkan golongan muda.

“Selain itu, golongan muda dapat mengembangkan kemahiran kepimpinan, pengucapan awam dan kerja berpasukan, seperti penglibatan komuniti, yang berhubung dengan rakan sebaya dan pemimpin masyarakat serta membangunkan rasa tanggungjawab dan kesedaran sivik,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat perasmian Majlis Belia Kota Samarahan pada Jumaat hari ini.

Beliau berkata Majlis Belia Kota Samarahan akan dianggotai oleh 24 ahli jawatankuasa eksekutif termasuk pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, timbalan setiausaha, bendahari, timbalan bendahari dan 18 ahli majlis.

Majlis ini juga memastikan keahlian terdiri daripada latar belakang sosial yang berasal dari Kawasan Stakan, Muara Tuang, Asajaya serta wakil daripada Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi membawa naratif kepada semua peringkat.

Borang permohonan boleh didapati di laman sesawang MPKS dan dihantar ke Kaunter MPKS atau menghantar melalui emel mpkscfci@gmail.com sebelum pukul 12 tengahari pada 19 Ogos 2024.

Turut hadir ialah Pengerusi MPKS Datuk Peter Minos dan Pemangku Setiausaha Perbandaran MPKS Gustian Durani

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP