Isteri maut, kereta dipandu suami rempuh belakang lori

SEORANG wanita maut, manakala suami dan empat anaknya cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2, dekat Ajil, Terengganu, awal pagi tadi.

Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 4.50 pagi ketika enam sekeluarga itu dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.

Siasatan mendapati MPV terbabit melanggar belakang sebuah lori yang sedang bergerak dari arah sama.

“Akibat rempuhan itu, pemandu MPV berusia 44 tahun mengalami kecederaan parah, manakala isterinya – yang berada di tempat penumpang hadapan – maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi TV3.

Mangsa maut dikenali sebagai Noor Shirlyna Irma Ngah, 42, berasal dari Kampung Salor, Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, dua anak lelaki pasangan terbabit – masing-masing berusia 15 dan 17 tahun – yang duduk di bahagian penumpang belakang, mengalami kecederaan parah, manakala dua lagi hanya cedera ringan.

Bagaimanapun, pemandu lori membawa muatan telur ayam, iaitu lelaki berusia 44 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat.

Semua mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan