Armizan nafi terlibat skandal rasuah mineral, cabar pihak berkenaan kemuka bukti

PAPAR – Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkannya dengan skandal rasuah berkaitan mineral di Sabah, yang tersebar melalui mesej tanpa nama di media sosial.

“Saya menafikan sepenuhnya dakwaan tersebut kerana ia adalah satu fitnah,” katanya melalui satu hantaran Facebook beliau di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, dakwaan itu berasal daripada ‘mesej layang’ tanpa sumber yang sah, sebelum disebarkan melalui akaun-akaun media sosial palsu.

Menurutnya, Jeffery Nor Mohamed (UMNO Sabah) dan Calvin Chong (ADUN yang baru-baru ini menyertai Parti Warisan) turut memperluaskan dakwaan tersebut menerusi kenyataan media masing-masing pada 26 dan 27 Mac lalu.

“Mereka menjadi ‘suara’ yang mengangkat dakwaan dalam mesej tidak bernama itu, yang sengaja ditularkan melalui akaun media sosial palsu bagi mengaitkan saya dengan skandal rasuah mineral di Sabah,” katanya.

Tambahnya, bekas Ahli Parlimen Papar dari Warisan, Ahmad Hassan, juga terlibat dalam menyebarkan mesej berkenaan.

Sehubungan itu, Armizan mencabar ketiga-tiga mereka untuk membantu mencari sumber sebenar di sebalik dakwaan tersebut.

“Saya minta mereka membantu saya mengesan dari mana asal dakwaan ini.

“Sila bawa ‘wartawan siasatan (X7)’ dan ‘Datuk Z’ keluar dari alam ghaib serta dedahkan segala bukti yang mereka ada, sekiranya watak-watak ini benar-benar wujud.

“Jika mereka gagal menemui individu-individu ini, saya cabar mereka untuk secara terbuka menuduh saya terlibat dalam rasuah—tanpa berselindung di sebalik kenyataan berkias,” tegasnya.

Beliau turut mengarahkan peguamnya untuk menghantar surat rasmi kepada ketiga-tiga individu berkenaan bagi mendapatkan penjelasan sama ada kenyataan mereka selari dengan mesej tanpa nama yang menuduhnya terlibat dalam skandal rasuah.

Dalam pada itu, Armizan juga mempersoalkan mengapa kehadirannya dalam mesyuarat rasmi di Ibu Pejabat PT Bayan Resources, Jakarta, pada 16 Mei 2023 dijadikan bahan fitnah oleh pihak tertentu.

Menurutnya, mesyuarat itu merupakan pertemuan rasmi antara Sabah Mineral Management Sdn. Bhd. (SMM), anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah, dengan PT Bayan Resources, sebuah syarikat tersenarai awam dan antara pembayar cukai terbesar di Indonesia.

“Ia adalah misi untuk meneliti cadangan pelaburan yang sah dan berimpak tinggi, seperti kejayaan pelaburan mereka di Indonesia.

“Gambar yang ditularkan dengan jelas menunjukkan kehadiran pasukan pengurusan kedua-dua pihak.

“Jadi, tidak timbul isu pertemuan sulit seperti yang didakwa,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa dakwaan dalam mesej tular tersebut tidak tepat serta menimbulkan keraguan terhadap integriti dan kompetensi pihak yang menyebarkannya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok