DBKK hargai peranan media bantu pembangunan Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menghargai peranan media yang banyak membantu pembangunan bandar raya.

Mayornya, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata media memainkan peranan besar dalam memastikan segala maklumat berkaitan usaha pembangunan bandar raya.

Katanya, peranan itu juga termasuk dengan penyampaian maklumat isu-isu semasa dan keperluan masyarakat yang dapat disampaikan dengan tepat dan telus oleh pihak media.

“Usaha yang tidak kenal penat lelah ini membantu DBKK menjadi lebih peka terhadap kehendak warga bandar raya serta lebih berkesan dalam merangka dasar dan melaksanakan program bermanfaat.

“Maka, penghargaan kepada pihak media pada malam ini adalah wajar dan akan terus menjadi tradisi penting,” katanya ketika berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Media, di Hotel Hilton, di sini pada Rabu.

Menurut Sabin, media bukan saja membantu memperluas pemahaman masyarakat terhadap sesuatu isu, malah sekali gus menggalakkan dialog yang membina antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pihak berkepentingan dan masyarakat umum.

“Lebih daripada itu, media juga adalah mata dan telinga masyarakat dengan menyalurkan maklum balas secara terus kepada pihak berkuasa tempatan.

“Pandangan, cadangan dan kritikan yang disampaikan oleh media menjadi rujukan penting bagi DBKK dalam menambah baik perkhidmatan yang diberikan.

“Media juga menonjolkan suara rakyat khususnya keperluan dan cabaran yang dihadapi masyarakat di peringkat akar umbi,” kata beliau.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Sabin menyatakan kerjasama erat di antara PBT dan media membolehkan mereka bertindak secara lebih proaktif dan efektif dalam menangani isu melibatkan warga bandar raya.

“Dengan lebih signifikan, media telah menjadi sayap kanan yang sangat penting kepada DBKK selama 25 tahun.

“Media juga berfungsi sebagai jambatan komunikasi yang menghubungkan PBT dengan warga kota, yang dalam konteks itu media berperanan menyalurkan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan.

“Termasuk juga perkembangan pembangunan, isu-isu keselamatan awam, serta program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh PBT,” jelasnya.

Sehubungan itu, dalam majlis tersebut DBKK turut menyampaikan sumbangan kepada para veteran media sebagai tanda perhargaan.

Mengenai sumbangan itu, beliau berkata, sumbangan tersebut diberikan atas dedikasi, komitmen dan sumbangan yang tidak ternilai kepada pembangunan masyarakat melalui penulisan dan pelaporan berita yang bertangungjawab daripada para pengamal media.

Turut disampaikan kuih-muih Hari Raya Aidilfitri kepada pengamal media di negeri ini. 

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta