SUKMA XXI: Pasukan terjun Sarawak bawa semangat ‘agi idup agi ngelaban’

KUCHING: Berbaki 15 hari sahaja lagi untuk membuat persiapan bagi SUKMA XXI yang akan dipertandingkan bermula dari 17 sehingga 24 Ogos kelak.

Sebanyak 37 kategori sukan bakal dipertandingkan serta ditempatkan di pelbagai lokasi di Sarawak.

Antara sukan yang turut mencuri perhatian adalah acara terjunan yang juga sangat sinonim dengan negeri ini.

Mempertaruhkan 9 atlet muda, jurulatih Shi Yang mensasarkan kontinjen terjun Sarawak boleh memenangi lebih dari 2 pingat emas dan juga pingat-pingat yang lain.

Beliau yang juga merupakan bekas atlet dari China ini sudahpun bersedia bersama pasukan terjun Sarawak semenjak dua tahun yang lalu.

Shi Yang berasal dari Kunming, China merupakan jurulatih bagi pasukan terjun Sarawak semenjak dari enam tahun yang lepas.

Beliau juga turut dibantu oleh jurulatih-jurulatih tempatan yang juga tidak kurang hebatnya dalam membantu mengharumkan nama pasukan sehingga persada antarabangsa.

Antaranya adalah seperti Rosatimah Muhammad, Nur Hazzarina Jimie, Traisy Vivien Tukiet dan juga Yin Yi Tian turut berasal dari China.

“Buat masa ini, kami mempunyai seramai 40 orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur seawal usia 7 tahun sehingga 19 tahun.

“Latihan yang diberikan adalah secara berperingkat sehingga ke tahap elit. Maka kami berharap mereka akan berpeluang untuk menyertai pertandingan seperti Sukan SEA, Asian Age Group, World Junior Diving Championship dan pertandingan-pertandingan yang lain kerana kebanyakan mereka ini mempunyai bakat dalam sukan terjun”, ujarnya mengakhiri temubual petang tadi.

Sementara itu, Stampark Place merupakan penaja utama bagi baju rasmi sukan terjun SUKMA kali ini.

Menurut Encik Kamaruddin Bujang yang juga merupakan Ketua Eksekutif Syarikat, beliau berasa sangat teruja dengan hasil kerjasama bersama pasukan terjun Sarawak kerana semangat untuk meyokong atlet-atlet Sarawak.

“Kalau bukan kita, siapa lagi nak sokong mereka kan? Mereka sangat berbakat dalam bidang ini dan sudah semestinya juga layak untuk mengharumkan nama Sarawak sehingga ke peringkat global.

“Tidak dilupakan juga, ratu Terjun Sarawak, Datuk Pandalela Rinong juga merupakan atlet terjun yang bermula dari tempat kami iaitu di Stampark Place” ujar beliau semasa sesi penyerahan baju kepada pasukan terjun Sarawak hari ini di Pusat Akuatik Pandalela Rinong, Petra Jaya.

Related Posts

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

MUAR – Cubaan sindiket penyeludupan dadah membawa keluar pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM57 juta ke negara jiran berjaya dipatahkan apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan dua individu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing