Ringgit diunjur kekal pretasi terbaik bagi rantau Asia

UNJURAN Standard Chartered Bank Research meletakkan ringgit kekal mencatat prestasi terbaik di rantau ini berikutan ia satu-satunya mata wang Asia yang meningkat berbanding dolar AS, setakat ini pada tahun ini.

Dalam laporan penyelidikan ‘Malaysia-Outperformer’, bahagian penyelidikannya berpandangan, libat urus pihak berkuasa dengan organisasi berkaitan untuk menggalakkan penghantaran balik ke negeri asal di samping menukar dan melindung nilai hasil mata wang asing mereka, telah mendorong kepada prestasi terbaik ini.

Selain itu, katanya asas pendasar turut positif kepada ringgit, antaranya pegangan asing yang rendah di Malaysia, perbezaan dasar monetari yang dijangka meningkat bagi bank pusat Malaysia berbanding penurunan di rantau ini serta pelancongan yang terus pulih.

“Selain itu, kami menyaksikan ringgit telah pulih dengan ketara dalam tempoh singkat dan potensi pembinaan semula rizab mungkin memperlahankan kenaikan selanjutnya secara relatif,” katanya.

Bagaimanapun, katanya keputusan pilihan raya Amerika Syarikat mungkin mewujudkan sedikit risiko kepada mata wang tempatan, terutama tindakan tarif yang tegas kepada China.

Related Posts

Kerjasama erat Persekutuan, negeri pacu Sabah terima 40 peratus Bahagian FLNG

KALABAKAN – Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dijangka membolehkan Sabah menerima 40 peratus bahagian menerusi pelaksanaan projek fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG) di negeri ini. Ketua Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus mencatat pertumbuhan kukuh pada separuh kedua tahun ini, disokong pelbagai langkah intervensi yang dilaksanakan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang