PBSL sempena Aidilfiri, Penjara Lahad Datu bebas 13 prospek

LAHAD DATU – Seramai 13 prospek di Penjara Lahad Datu dibebaskan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani Kepulangan yang dinanti sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengarah Penjara Lahad Datu, Penolong Kanan Komisioner Kalbin Mohd Said berkata, 11 prospek akan menjalani baki hukuman bersama keluarga manakala dua prospek akan bekerja dengan majikan.

“Setakat ini, seramai 193 prospek yang telah dibebaskan awal di bawah program PBSL Penjara Lahad Datu, ia dilaksanakan secara bersyarat membabitkan prospek yang menjalani hukuman bagi tempoh kurang daripada tiga tahun dan sudah menjalani satu pertiga hukuman penjara atau sekurang-kurangnya mempunyai baki hukuman selama dua bulan.

“Prospek juga perlu menjalani fasa pertama Program Pembangunan Insan di penjara selain mendapat pengesahan dan persetujuan keluarga dan majikan yang menyediakan tempat tinggal dan pekerjaan semasa prospek menjalani hukuman di luar penjara,” katanya semasa berucap menerusi program PBSL di Dewan Toh Puan Norlidah, Penjara Lahad Datu, pada Isnin.

Dalam pada itu, Kalbin turut mengalu-alukan lebih ramai majikan untuk menerima Orang Bebas Berlesen (OBB) ini bagi membolehkan mereka mempunyai pekerjaan dan beroleh pendapatan untuk diri sendiri dan juga ahli keluarga mereka.

“Ini juga adalah langkah yang sangat penting dalam usaha mengintegrasikan mereka dalam masyarakat sekali gus menjadikan mereka anggota masyarakat yang produktif,” tambahnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi berharap agar masyarakat sentiasa menyokong dasar-dasar dan aktiviti-aktiviti anjuran Jabatan Penjara.

“Semua perlu memberikan komitmen yang tinggi dengan memainkan peranan yang lebih aktif ke arah mewujudkan masyarakat minda sihat iaitu bebas daripada apa juga gejala sosial yang negatif yang meruntuhkan kehidupan mereka.

“Tugas untuk membimbing, mendidik dan menerima mereka yang ‘tergelincir’ atau ‘terlanjur’ dalam tingkah laku adalah menjadi tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Mohamaddin juga menasihati agar prospek menjadikan kebebasan yang diberi sebagai permulaan baharu untuk membina masa depan cerah.

“Apa yang berlaku menjadi titik tolak pada prospek dan jadikan ia sebagai pengajaran selain panduan agar tidak mengulangi kesilapan sama,” ujarnya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16