PRK DUN Ayer Kuning: MCMC akan pastikan capaian internet lancar – Mohd Azlan

IPOH – Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, Kerajaan Negeri Perak sedang dalam proses menambah baik capaian internet membabitkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Menurutnya, ia selepas aduan dan pemakluman termasuk daripada Menteri Besar Perak sendiri, Datuk Seri Saarani Mohamad berhubung masalah berkenaan khususnya di kawasan kampung.

Jelasnya, soal capaian internet diberi perhatian di semua kawasan DUN, namun memandangkan DUN Ayer Kuning akan berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijadualkan April depan, secara tidak langsung ia akan menarik kehadiran lebih ramai orang ke sana.

“Justeru, bagi memastikan kelancaran terutamanya menjelang PRK, kita telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk segera meneliti perkara itu.

“Ia termasuk melakukan kajian lapangan di kawasan tersebut. Soal capaian internet ini kita beri perhatian di semua kawasan DUN, cuma memandangkan PRK di situ akan diadakan ia akan menarik kehadiran lebih ramai orang ke sana.

“Secara tidak langsung, akan menjadikan capaian internet di DUN Ayer Kuning sesak selepas liputan sedia ada mungkin tidak dapat menampung peningkatan jumlah pengguna yang mendadak.

“Oleh itu, saya sudah maklumkan kepada MCMC untuk melihat perkara ini dan mereka akan turun padang bagi meninjau situasi sebenar di lapangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan program Meriah Beraya Sejahtera Bersama 2025 di Pasar Raya Mydin, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak, di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohd Azlan berkata, MCMC akan mengadakan pemantauan di lapangan di kawasan terbabit bagi membuat penilaian tahap capaian serta mengenal pasti ‘hotspot’ atau lokasi sebenar yang memerlukan penambahbaikan.

Jelasnya, bagi usaha jangka masa panjang, Kerajaan Negeri juga sedang merancang ke arah pemasangan beberapa menara telekomunikasi baharu bagi memberi liputan lebih baik di kawasan tersebut.

“Kerajaan Negeri mahu perkara ini diselesaikan secepat mungkin supaya proses demokrasi dapat diaraikan dengan semua parti yang bertanding dapat menggunakan internet dengan selesa,” kata Mohd Azlan.

Hari mengundi PRK DUN Ayer Kuning akan diadakan pada 26 April nanti manakala hari penamaan calon dan pengundian awal telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah yang meninggal dunia pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James