
KUCHING – Program Ramadan Bubur Lambuk anjuran Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UNIMAS dan Pusat Industri Universiti (UnIC) diadakan pada Jumaat.
Menurut kenyataan rasmi HEPA UNIMAS, majlis ini melibatkan semua pusat di bawah HEPA, Pusat Khidmat Pelajar, Pusat Pembangunan Pelajar, Pusat Keusahawanan UNIMAS, Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan juga Pusat Industri Universiti.
“Majlis yang menyentuh hati ini menyatukan orang ramai, mengukuhkan nilai perpaduan, kemurahan hati dan kebaikan.
Difahamkan persediaan pelaksanaan program bubur lambuk ini dimulai sejak satu minggu yang lalu dan proses memasak bermula seawal jam 7.30 pagi.

Selain itu, program ini turut dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Ir Ts Al Khalid Othman ini turut disertai oleh Setiausaha Politik Premier Sarawak, Abdul Samat Kethergany dan Abang Abdul Aziz Abang Draup ditemani oleh semua pengarah-pengarah pusat.
Prof Khalid berharap kerjasama dan program ini secara tahunan ini dapat meningkatkan semangat tolong-menolong dan keprihatinan dalam kalangan pelajar UNIMAS.
“Malah ia juga dapat menjadi medium pendekatan kepada pelajar yang berada dalam kampus,” ujar Prof Khalid.






