MAXIM agih pek berbuka kepada pemandu

KUANTAN – Syarikat e-hailing, MAXIM mengagihkan pek berbuka puasa kepada pemandu mereka di sekitar bandar raya ini, semalam.

Ketua MAXIM Kuantan, Muhammad Hasif Faiz berkata, inisiatif itu adalah bagi menghargai pemandu berkhidmat dengan syarikat e-hailing berkenaan.

“Seperti kita sedia maklum, ada kalanya pemandu MAXIM tidak sempat membeli juadah berbuka ketika menghantar atau dalam perjalanan mengambil penumpang.

“Jadi, pihak MAXIM memikirkan bahawa perlu dilakukan sesuatu untuk membantu mereka (pemandu) dan kami buat agihan pek berbuka kerana ia cara paling mudah menunjukkan penghargaan kepada komuniti pemandu kami,” jelasnya.

Muhammad Hasif berkata, kira-kira 50 pemandu MAXIM menerima agihan pek berbuka itu.

Katanya, selain mengedarkan pek berbuka, pihak MAXIM juga mengagihkan bantuan kepada pemandu mereka yang berdepan kesulitan.

“Untuk bantuan ini, kita sudah mula agihkan sejak minggu lalu dan ia bertujuan meringankan bebanan mereka dalam menyambut kedatangan Aidilfitri.

“Pemandu terbabit menerima barangan keperluan asas seperti beras, biskut, telur dan pelbagai lagi,” katanya.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff