Anwar kutuk keras serangan udara Israel korban 8 petugas MAPIM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara rejim Zionis yang mengorbankan lapan petugas Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Beliau berkata, Malaysia akan mengeluarkan bantahan rasmi terhadap keganasan terbaru Israel di Palestin itu.

“Kita mengutuk keras pembunuhan dan kezaliman ke atas sukarelawan MAPIM yang bertugas untuk (misi) kemanusiaan seperti membantu pesakit dan sebagainya.

“Kerajaan secara rasmi mengeluarkan bantahan keras terhadap keganasan berterusan,” katanya kepada media di Bayan Lepas, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Pulau Pinang di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bersama kepimpinan kerajaan negeri.

Sementara itu, ‎Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa sedih dan berdukacita atas kematian lapan petugas MAPIM) yang syahid dalam serangan udara kejam di Gaza.

Beliau berkata, kesemua mereka adalah wira kemanusiaan yang berjuang tanpa mengenal lelah demi membantu umat Islam yang ditindas rejim Zionis.

“Pemergian mereka adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada MAPIM, tetapi juga kepada seluruh umat yang memperjuangkan keadilan dan kemanusiaan.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan tidak berperikemanusiaan ini dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk tidak berdiam diri terhadap kekejaman yang berterusan di bumi Gaza.

“Marilah kita terus berdoa, bersolidariti dan menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam apa jua cara yang termampu. Semoga roh para syuhada ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim, mengesahkan bahawa lapan petugas warga Palestin yang menjalankan misi kemanusiaan telah syahid dalam serangan udara Israel.

Related Posts

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) menyelesaikan siasatan dalaman berhubung pemergian seorang pelajar di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu