Bahagian Pantai Barat Sabah, Sandakan, Kudat diramal banjir bermula Khamis

KOTA KINABALU – Beberapa kawasan di di bahagian Pantai Barat Sabah, Sandakan dan Kudat diramal mengalami banjir selama dua hari bermula Khamis ini.

Menerusi ramalan awal banjir yang dikeluarkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran pukul 1 tengah hari memaklumkan, ramalan itu dibuat susulan amaran hujan berterusan dikeluarkan Jabatan Metereologi, pukul 11.30 pagi.

“Bahagian Pantai Barat yang terlibat adalah Ranau dan Kota Belud di sekitar Lembangan Sungai Abai, Sungai Tempasuk, Sungai Bira-biraan, Sungai Jawi-jawi, Sungai Kadamaian, Sungai Kawang-kawang dan Sungai Wariu.

“Bahagian Sandakan pula membabitkan Telupid, Kinabatangan dan Beluran iaitu di kawasan Lembangan Sungai Labuk, Sungai Sugut, Sungai Paitan, Sungai Semawang, Sungai Bongaya dan Sungai Gum-Gum.

“Bagi Bahagian Kudat, Kota Marudu dan Pitas melibatkan Lembangan Sungai Sikuati, Sungai Temalang, Sungai Sri Aman, Sungai Malubang, Sungai Telaga, Sungai Tapurau dan Sungai Bongon,” kata kenyataan itu.

Justeru, amaran dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir agar berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir.

Orang ramai juga diingatkan banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lebih lewat dari masa yang dijangkakan.

Related Posts

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

KUCHING – Sesi persekolahan secara bersemuka bagi lapan daerah di negeri ini diarahkan tutup berkuat kuasa serta-merta bermula 20 Ogos hingga 21 Ogos ini susulan fenomena jerebu yang menjejaskan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini