Ibrahim Baki berpengalaman luas dalam sektor minyak dan gas, bantu usaha rundingan PETROS-Petronas

KUCHING – Kerajaan Sarawak di bawah kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki sebagai Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pelantikan tersebut mendorong kepada perubahan kecil dalam Kabinet kerajaan Sarawak.

Difahamkan ADUN Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek bagi Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) berkuat kuasa hari ini.

“Rombakan kecil dalam Kabinet Sarawak bertujuan memperkukuh usaha kerajaan negeri dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Selain itu, pelantikan ini juga meningkatkan sektor tenaga serta pelaburan dalam industri minyak dan gas. 

“Ibrahim Baki mempunyai kelebihan kerana pernah berkhidmat sebagai pegawai undang-undang serta menjadi ahli lembaga pengarah di Petronas,” kata Abang Johari.

Tambah Abang Johari, pengalaman luas Ibrahim dalam sektor minyak dan gas dapat memberi kelebihan sektor tenaga di Sarawak.

“Kita memerlukan individu yang mempunyai kelebihan dalam bidang korporat dan undang-undang dalam usaha membangunkan industri gas kita,” katanya.

Jelas Abang Johari, pengalaman ini membolehkan Ibrahim menyelaras dan menjalinkan kerjasama strategik dengan Petronas dalam usaha melaksanakan pelan hala tuju gas.

“Ini termasuk menjayakan kerjasama antara PETROS dengan Petronas berdasarkan terma perjanjian komersial yang dimeterai oleh kedua-dua pihak,” ujarnya.

Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Tugas-tugas Khas) dan Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berlangsung di Astana Negeri pada Isnin. 

Related Posts

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

MIRI – Semangat perpaduan dan kebersamaan terus disemarakkan menerusi penganjuran Rumah Terbuka Malam Serumpun Miri Kita di FORUM Cultural Centre, Jalan Padang Kerbau pada Ahad. Program tersebut dianjurkan khusus bagi meraikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

SEREMBAN –  Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan