Polis siasat insiden tampar lelaki bukan Islam makan di bulan Ramadan

PUTRAJAYA – Polis menyiasat insiden lelaki berbangsa Cina ditampar oleh seorang warga emas di dalam kedai serbaneka di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru kerana makan di bulan Ramadan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh menerusi satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya membuat siasatan selepas menerima laporan daripada mangsa lelaki berusia 21 tahun pada jam 9.08 malam semalam.

Terdahulu, tular di media sosial video pertengkaran terbabit di mana mangsa menerusi ciapan di aplikasi X @bingbinge656, mendakwa warga emas itu bertanya sama ada dia beragama Islam atau sebaliknya, sebelum meminta untuk melihat kad pengenalannya.

Ketika itu, mangsa berada di premis berkenaan untuk menjamu selera.

“Warga emas itu bertanya sama ada saya Islam atau bukan sebelum memarahi saya kerana makan pada waktu Ramadan walaupun sudah menjelaskan saya bukan Islam.

“Dia meminta untuk melihat kad pengenalan namun saya enggan berikan sebelum ditampar di muka,” katanya.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menerusi ciapan di laman X berkata, tindakan warga emas itu merupakan satu provokasi yang tidak mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian negara berbilang kaum.

Menurutnya, tindakan sedemikian harus dihentikan serta-merta dan tidak dibenarkan berkembang di negara yang menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara.

Beliau juga mengutuk keras sebarang bentuk keganasan, diskriminasi, dan sikap prejudis yang boleh merosakkan keharmonian antara kaum.

“Saya berharap agar semua rakyat Malaysia beradab dalam berinteraksi antara rakyat Malaysia, yang seharusnya sentiasa saling menghormati budaya dan mengamalkan nilai faham, hormat dan terima.

“Isu-isu yang menyentuh soal perpaduan tidak boleh dipandang remeh. Kita tidak boleh membiarkan sebarang insiden yang boleh meruntuhkan keharmonian rakyat Malaysia. Negara ini hanya akan maju jika kita bersatu, saling menghormati, dan hidup dalam keadaan aman tanpa sebarang bentuk ketegangan kaum atau agama,” katanya.

Balveer Singh berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Jika sabit kesalahan, katanya, dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

“Kami menasihatkan masyarakat supaya tidak bertindak di luar batas undang-undang. Serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun