Program Jom Masak Bubur Lambuk & Majlis Iftar Harmoni pupuk semangat perpaduan 

SIBU – Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menganjurkan Program Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan dan Majlis Iftar Harmoni di lebih 100 lokasi seluruh negara sepanjang bulan Ramadan sebagai usaha memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, program ini bertujuan mengeratkan hubungan muhibah dalam kalangan komuniti setempat, terutama di Kawasan Rukun Tetangga (KRT). 

Beliau juga menekankan program ini adalah salah satu inisiatif penting dalam menggalakkan semangat kekitaan dan menghormati kepelbagaian budaya di Malaysia.

“Keseluruhan bubur lambuk yang disediakan di seluruh negara berjumlah lebih 1.3 juta dengan melibatkan 3,400 KRT serta menggunakan 6,500 periuk.” 

“Di Sarawak sahaja, sebanyak 110,000 bubur lambuk telah disediakan untuk dinikmati bersama,” kata Aaron ketika ditemui pada Program Lan Berambeh Sungkei 2025 di Dataran Tun Tuanku Bujang, Sibu pada Sabtu.

Menurutnya, Ramadan memberi peluang kepada masyarakat untuk memupuk nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, saling membantu, dan memberi tanpa mengharapkan balasan. 

Beliau juga menyeru rakyat Malaysia memanfaatkan program ini untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan merapatkan jurang perbezaan dalam kalangan rakyat pelbagai latar belakang.

“Kita harus mengambil peluang ini untuk saling mengenali, berbagi cerita dan pengalaman, serta merapatkan jurang perbezaan yang ada. 

“Dengan semangat kasih sayang, hormat-menghormati, dan tolong-menolong, kita dapat membina masyarakat yang lebih baik dan negara yang lebih maju,” katanya lagi.

Selain itu, Aaron turut mengajak rakyat untuk menyertai Majlis Iftar Harmoni yang dianjurkan di seluruh negara. 

Program ini berfungsi sebagai platform integrasi yang mengukuhkan hubungan antara rakyat pelbagai kaum, agama, dan budaya, sejajar dengan matlamat untuk memupuk semangat perpaduan yang lebih kukuh di negara ini.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan