Perancangan penyaluran air mentah Sungai Perak ke Bukit Merah di peringkat akhir

BAGAN SERAI – Perancangan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah kini berada pada peringkat akhir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek yang sebahagiannya bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) itu dijangka meningkatkan keupayaan penyaluran air bagi tujuan industri dan pertanian.

Jelasnya selain melibatkan kawasan Kerian dan sekitar, ia turut disalurkan ke beberapa kawasan Pulau Pinang seperti Seberang Perai, Nibong Tebal dan Sungai Bakap.

“Kawasan Kerian ada sejarah sebagaimana disebutkan Menteri Besar Perak (Datuk Seri Saarani Mohamad) ada usaha besar pembangunan.

“Dengan masalah bekalan air, jadi kita sudah putuskan sekarang di peringkat akhir perancangan di mana kita baik pulih dan tambah keupayaan Sungai Perak dan Saliran terus ke Bukit Merah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Dato’ Alauddin, Selinsing, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Projek ini dijadikan keutamaan untuk rakyat Utara Perak dan Seberang Perai kerana ia adalah penyelesaian masalah air jangka masa panjang.

Pada Jun tahun lepas, Anwar berkata, kerajaan bersetuju memperuntukkan anggaran RM4 bilion bagi perlaksanaan projek air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah di Kerian.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan geran Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) berjumlah RM13.4 juta kepada Pegawai Daerah Kerian, Saidi Shaari.

Anwar turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada 140 anak yatim.

Terdahulu, beliau melapangkan masa meninjau projek SejaTi MADANI di Kampung Tebuk Haji Dollah, di sini.

Beliau diberikan taklimat serta menyaksikan demonstrasi penggunaan perkhidmatan dron untuk kerja-kerja pertanian membabitkan kawasan tersebut.

Inisiatif yang digerakkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) melalui geran RM100,000 SejaTi MADANI itu menjadi sebutan Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober tahun lepas.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP