Persediaan sesi persekolahan Januari 2026 dilaksanakan dengan rapi – Fadhlina

KUCHING – Persediaan sesi persekolahan Januari 2026 dilaksanakan dengan sangat rapi, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata, pihaknya sudah mengambil kira pelbagai aspek seperti cuti dan beberapa komitmen yang lain dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memulakan sesi persekolahan Januari 2026.

“Jadi, peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) akan bermula sedikit lebih awal dan akan selesai sebelum sambutan Hari Krismas.

Tambah beliau, persiapan ke arah mengembalikan sesi persekolahan Januari 2026 sudah hampir selesai.

Fadhlina berkata demikian ketika ditemu ramah oleh media semasa Iftar bersama KWP YB Fadhlina Sidek di hotel terkemuka di Kuching pada Khamis.

Sebelum ini, kalendar akademik negara terpaksa berubah bermula Mac 2022 akibat penularan wabak COVID-19.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Who berkata, pihak KPM sudah memulakan usaha menyusun dan mengawal kalendar akademik negara.

“Ini memastikan sesi persekolahan pada tahun 2026 dapat bermula pada Januari tahun hadapan,” kata beliau lagi. 

Related Posts

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu mempergiat usaha memperkukuh sektor pertanian dan perladangan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan