KUANTAN – Hujan lebat berterusan menyebabkan Kampung Ulu Sungai dekat Raub, dilanda banjir kilat awal pagi tadi.
Kejadian itu mengakibatkan 11 rumah terjejas dengan 28 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub, kejadian banjir berlaku kira-kira jam 12.36 tengah malam selepas air Sungai Lipis melimpah akibat hujan lebat tanpa henti.
“Sebanyak 28 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Ulu Sungai,” menurut kenyataan itu.
Sekretariat turut memaklumkan pemantauan serta pengumpulan maklumat mengenai rumah penduduk terjejas sedang dijalankan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Raub.






