Teliti secara terperinci isu papar harga ubat di fasiliti kesihatan swasta – MMA

PUTRAJAYA – Keperluan buat kerajaan meneliti isu dibangkitkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), khususnya berkaitan pemaparan harga ubat di fasiliti kesihatan swasta yang dijadualkan akan dilaksana bermula 1 Mei depan.

Presiden MMA, Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira berkata, kebimbangan serta pandangan mengenai peruntukan undang-undang bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) yang menjadi asas untuk pelaksanaan pemaparan harga ubat berkenaan telah disuarakan pihaknya pada sesi libat urus bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pengamal perubatan am (GP) dan pihak berkepentingan, 27 Februari lalu.

Menurutnya, tidak seharusnya Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) berada bawah kawalan serta penguatkuasaan agensi lain, berikutan GP sudah diletakkan di bawah undang-undang tersebut yang perlu kekal sebagai satu-satunya asas peraturan amalan perubatan.

“MMA meminta semua persoalan serta pertanyaan mengenai kesahan Akta 723 yang dikemukakan MMA dan pihak lain ketika libat urus itu, diteliti dengan jelas sebelum sebarang keputusan dibuat mengenai pewartaan, pelaksanaan serta penguatkuasaan peruntukan Akta 723 terhadap sektor penjagaan kesihatan swasta.

“Pada sesi libat urus itu juga, MMA dan semua GP yang hadir menyatakan bantahan keras terhadap peraturan itu kerana akan memberi kesan ketara kepada sektor penjagaan kesihatan primer, selain GP ialah profesional yang menetapkan dan menjual ubat berdasarkan indikasi selepas berunding serta memeriksa pesakit, bukannya sebagai peruncit,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Dr Kalwinder menegaskan GP juga percaya bahawa arahan tersebut boleh menyebabkan salah faham mengenai kos penjagaan kesihatan, mengganggu hubungan doktor dengan pesakit, selain meletak beban pentadbiran tambahan kepada klinik yang sudah pun terlalu ketat.

“Lebih kritikal, ia berisiko mendorong pesakit tidak menggunakan perkhidmatan klinik swasta, yang akhirnya membebankan sistem penjagaan kesihatan kerajaan yang sudah mengalami tekanan melampau,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Kalwinder berkata, pada sesi libat urus itu, Dr Dzulkefly turut memaklumkan bahawa bagi GP, pemaparan harga ubat tidak akan dilaksanakan hinggalah yuran perundingan GP swasta baharu bawah jadual yuran ketujuh disemak dan diwartakan.

“Kami menggesa semua pihak supaya terbabit dialog membina bagi mencari penyelesaian seimbang dalam usaha memastikan ketelusan dalam penjagaan kesihatan, sambil mengekalkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti.

“Kami menggesa pihak berkuasa untuk mendengar suara dan kebimbangan GP serta berusaha ke arah dasar yang memberi manfaat kepada penyedia penjagaan kesihatan dan orang ramai,” katanya.

Pada Isnin, media melaporkan hospital dan klinik swasta akan memaparkan harga ubat-ubatan di fasiliti mereka mulai 1 Mei depan, selaras dasar ketelusan harga dalam perkhidmatan kesihatan.

Dr Dzulkefly berkata, cadangan itu tidak mendapat bantahan daripada Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan GP swasta yang meminta kelonggaran dalam pelaksanaannya.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar