Jualan Rahmah MADANI, Pra-Syawal atasi isu kos sara hidup

PROGRAM jualan murah seperti Jualan Rahmah MADANI dan Jualan Pra-Syawal di pasar tani akan terus diperkukuhkan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi rakyat ketika ini dengan lebih berkesan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif kerajaan itu bagi memastikan rakyat dapat memperoleh barangan keperluan pada harga yang lebih berpatutan, terutama menjelang musim perayaan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, perkara itu antara yang dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bil. 1/2025 yang dipengerusikan beliau hari ini.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara melalui tindakan bersepadu dan berkesan.

“Langkah-langkah yang telah dibincangkan dalam mesyuarat hari ini akan diterjemahkan kepada pelaksanaan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, insya-Allah,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, mesyuarat NACCOL hari ini turut memberi tumpuan utama terhadap usaha mengawal kenaikan premium insurans dan takaful perubatan, memastikan bekalan makanan mencukupi menjelang Ramadan dan Syawal, serta memperkukuh perlindungan sosial dan pemadanan pekerjaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat.

Jelasnya, kerajaan menyedari cabaran yang dihadapi oleh rakyat, khususnya dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang mampan dan bekalan keperluan asas pada harga yang berpatutan.

Justeru, beliau berkata, beberapa langkah telah dirangka termasuk pengagihan kadar pelarasan premium insurans kesihatan, penangguhan kenaikan premium serta pembangunan produk insurans kesihatan yang lebih mampu milik.

Related Posts

Nilai ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

PUTRAJAYA – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong data ekonomi domestik yang kukuh dan jangkaan pelarasan Kadar Dasar Semalaman (OPR). Pada 8 pagi, ringgit mengukuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka mencapai 5.2 peratus tahun ini sebelum menyederhana kepada 4.7 peratus pada 2027, di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi serantau. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menerusi Laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA