PN tolak MoU dengan kerajaan sebab takut isytihar harta?

ADAKAH beliau menolak kerana tidak mahu mengisytiharkan harta? Soal Haziq Azfar susulan tindakan Perikatan Nasional (PN) menolak Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Pengarah Komunikasi AMK PKR itu mendesak Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin memberikan penjelasan mengenai keengganan gabungan pembangkang itu menolak persefahaman MoU antara kerajaan.

“Adakah PN enggan menahan diri daripada mengeluarkan kenyataan yang berbaur kebencian dan hasutan berkaitan isu bangsa dan agama?

“Persoalan-persoalan ini perlu dijawab demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Muhyiddin berkata, pihaknya menolak untuk menandatangani MoU berkaitan peruntukan kepada ahli Parlimen PN sebelum ini kerana syarat yang ditetapkan kerajaan disifatkan terlalu ketat dan tidak adil.

Malah Muhyiddin turut berkata, dalam syarat tersebut, PN seolah-olah perlu menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan hanya untuk mendapatkan sejumlah peruntukan.

Mengulas mengenai itu, Haziq berkata, kenyataan yang dibuat Muhyiddin adalah dangkal dan tidak berasas.

Katanya, sekali pun PN tidak bersetuju dengan MoU, mereka seharusnya menggunakan ruang yang ada untuk mengemukakan cadangan pindaan atau terma melalui rundingan tetapi ini tidak berlaku.

“Keputusan menolak MoU tanpa alasan yang jelas dan konstruktif hanya menimbulkan keraguan terhadap tujuan sebenar tindakan tersebut.

“Lebih menghairankan, tindakan Muhyiddin untuk menolak MoU mentah-mentah ini boleh dianggap sebagai satu bentuk penolakan terhadap prinsip ketelusan malah keengganan beliau untuk menandatangani MoU ini turut menimbulkan persoalan mengenai integriti dan keberanian beliau untuk bertanggungjawab terutamanya dalam soal pengisytiharan harta,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusoff berkata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dijangka menerima peruntukan untuk kawasan Parlimennya berikutan kerajaan bersedia mempertimbang permohonannya.

Related Posts

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

ISKANDAR PUTERI – Parti Democratic Action Party (DAP) menggesa kerajaan negeri Johor mempertimbangkan pelaksanaan persempadanan semula melibatkan tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikenal pasti mempunyai jumlah pengundi terlalu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu 3R wajar di bawah Akta Hasutan, bukan medan kritik politik – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi , Datuk Fahmi Fadzil menegaskan Akta Hasutan masih diperlukan khususnya dalam kes melibatkan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R), namun tidak wajar disalahgunakan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data