DUN Tempasuk dijangka akan ditandingi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi

KOTA KINABALU – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk di Parlimen Kota Belud pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, harapan itu masih dalam penilaian dan belum diputuskan, tertakluk kepada perundingan dengan rakan parti lain yang akan bekerjasama dengan PKR dan Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, pihaknya ketika ini sedang menilai pandangan beberapa pihak mengenai kerusi lain yang berpotensi ditandinginya berdasarkan penerimaan dan sokongan rakyat di kawasan terbabit.

“DUN Tempasuk antara kerusi yang berpotensi, tapi pada masa yang sama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga menyatakan mahu bertanding di sana, namun bagi saya perkara itu biasa.

“Begitu juga di kerusi DUN Api-Api yang disandang Datuk Christina Liew. Beliau pun calon kita di sana, tapi GRS juga mungkin berminat meletak calon di sana.

“Jadi, kita tunggu saja selepas rundingan nanti siapa yang akan diberi laluan untuk meletak calon. Kita ada calon, orang lain pun ada calon mereka,” katanya pada sidang media PKR Sabah, pada Ahad.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau bertanding di kerusi DUN Tempasuk.

Kerusi berkenaan pernah ditandinginya atas tiket PKR ketika PRN16 pada September 2020, namun tewas di tangan calon Barisan Nasional (BN) pada ketika itu, Datuk Mohd Arsad Bistari.

Mohd Arsad yang kini menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) turut dijangka mahu mengekalkan kedudukannya di kerusi berkenaan pada PRN17, kali ini atas tiket GRS.

Dalam pada itu, Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar menyifatkan pendekatan mengumumkan lebih awal bakal calon di sesuatu kerusi bukan langkah yang sesuai sebelum kerjasama politik dibentuk kerana boleh menyebabkan pergeseran antara parti.

“Kalau boleh jangan umum calon sebelum ada kerjasama antara parti bagi mengelak pergeseran. Tapi kita tidak boleh menghalang jika ada pihak yang mahu berbuat demikian.

“Namun, bagi PKR kita mahu menjaga integriti, kita tidak mahu mengumumkan lebih awal tanpa rundingan sebab itu adalah prosesnya dan kita berharap semua parti memahami perkara ini,” katanya.

Mengenai rundingan kerusi dalam kalangan parti komponen PH di Sabah, Mustapha menegaskan, perkara itu juga belum diputuskan memandangkan masih ada kerusi yang ada pertindihan.

“Berapa jumlah kerusi PKR nanti juga kita belum dapat umum kerana kita tidak mahu dilihat seolah-olah bertanding solo pula nanti.

“Kita mahu kerjasama dan mempertahankan Kerajaan MADANI. Jadi kita tidak mahu berlaku pergeseran antara parti di Sabah yang mungkin menjejaskan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selepas selesai rundingan dengan parti komponen PH, rundingan seterusnya akan dilakukan dengan rakan parti yang membentuk gabungan pada PRN17 nanti,” katanya.

Related Posts

Sokongan senyap rakyat pacu kempen, kemenangan Onn di Senggarang

BATU PAHAT – Sokongan terhadap calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Onn Abu Bakar, bukan sekadar diterjemahkan melalui kehadiran pada program kempen, malah beliau mendakwa ramai pengundi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jika benar berlaku, kelewatan bayaran Program Semarak Subuh Johor kepada masjid tidak wajar – Onn

BATU PAHAT – Dakwaan pembayaran peruntukan Program Semarak Subuh Johor kepada beberapa masjid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang hanya diselesaikan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diberi perhatian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kane sumbat 2 gol, England mara ke pusingan 16 terakhir

Kane sumbat 2 gol, England mara ke pusingan 16 terakhir

Sokongan senyap rakyat pacu kempen, kemenangan Onn di Senggarang

Sokongan senyap rakyat pacu kempen, kemenangan Onn di Senggarang

Jika benar berlaku, kelewatan bayaran Program Semarak Subuh Johor kepada masjid tidak wajar – Onn

Jika benar berlaku, kelewatan bayaran Program Semarak Subuh Johor kepada masjid tidak wajar – Onn

“Johor maju bukan sekadar Johor Bahru, Labis dan Tenang jangan terus dipinggirkan” – Elia Nadira

“Johor maju bukan sekadar Johor Bahru, Labis dan Tenang jangan terus dipinggirkan” – Elia Nadira

Dari sijil ke PhD: Elia Nadira mahu bawa semangat menuntut ilmu demi masa depan Tenang

Dari sijil ke PhD: Elia Nadira mahu bawa semangat menuntut ilmu demi masa depan Tenang

PH tawar agenda pembangunan mampan, lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi di Johor

PH tawar agenda pembangunan mampan, lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi di Johor