DBKK diminta arah pemilik premis Kompleks Segama periksa keselamatan struktur bangunan

[DIKEMAS KINI] KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) diminta untuk memberi notis kepada pemilik premis sekitar Segama bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan struktur bangunan.

Permintaan itu dibuat susulan kejadian runtuhan bangunan kedai di Kompleks Segama pada Jumaat lalu, yang mengakibatkan seorang wanita cedera parah selepas dihempap lantai konkrit tingkat satu.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin berkata, faktor usia serta bahan binaan mungkin menjadi punca kelemahan struktur bangunan tersebut.

“Saya telah menyemak perkara ini dengan DBKK.

“Sebenarnya, tahun lalu DBKK sudah meminta pemilik premis untuk menjalankan ujian struktur.

“Justeru, selepas kejadian ini, saya meminta DBKK untuk melakukan pemeriksaan terhadap bangunan-bangunan di sekitar Segama bagi memastikan keselamatan struktur,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi berkata demikian kepada media selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen Kota Kinabalu, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, DBKK telah mengesahkan bahawa bangunan yang runtuh tersebut telah dibina sejak tahun 1970 lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah DBKK, Sr Lifred Wong berkata, ujian struktur akan dilakukan terhadap premis berdekatan bangunan yang runtuh.

“Pada tahun lalu, DBKK telah mengeluarkan banyak notis kepada pemilik bangunan yang gagal menyelenggara premis mereka.

“Walaupun tiada tanda-tanda menunjukkan bangunan ini akan runtuh, tetapi DBKK akan memastikan semua bangunan diselenggara dengan baik,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan terhadap pemilik yang mengabaikan notis itu, Lifred berkata, undang-undang membolehkan pihak berkuasa mengarahkan pemilik premis menjalankan ujian integriti struktur.

Jelasnya, tindakan ini penting bagi memastikan keselamatan bangunan serta orang awam.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy