KUSKOP komited perkasa keusahawanan, laksana program lebih berkesan

KOTA KINABALU – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited untuk terus memperkasakan keusahawanan dengan melaksanakan program yang lebih berkesan bagi memacu pertumbuhan sektor berkenaan.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, tahun ini KUSKOP akan terus memperkasakan keusahawan khususnya di Sabah dan akan memastikan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) serta koperasi tempatan terus berkembang maju.

“Kami beriltizam untuk melaksanakan program yang lebih berkesan, berpaksikan tanggungjawab dan dedikasi tinggi dalam memacu pertumbuhan sektor keusahawan.

“Kami akan terus bergerak dengan mantra ‘We will make it happen!’ yang akan memastikan setiap inisiatif dirancang dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen.

“Pendekatan kami tidak hanya tertumpu pada pematuhan peraturan dan prosedur, kami mengutamakan prinsip ‘we must facilitate, not frustrate’ bagi mengimbangi keperluan perundangan dengan kebijaksanaan serta mempermudahkan urusan para usahawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Menteri KUSKOP bersama warga kementerian dan agensi, di Raia Hotel, di sini, pada Sabtu.

Dalam majlis itu, KUSKOP turut meraikan seramai 40 orang anak-anak yatim termasuk penjaga dari Pusat Jagaan Rumah Anak Yatim ‘Home’ Tuaran yang menerima sumbangan RM10,000 dan Pusat Tahfiz Darul Ulum Quraniyyah Kampung Seri Menanti Kinarut menerima sumbangan RM5,000, selain pelbagai bentuk sumbangan lain daripada agensi-agensi di bawah KUSKOP.

Sementara itu, Ewon turut berharap akan lebih banyak program tanggungjawab sosial dilaksanakan seperti yang dilakukan oleh agensi-agensi dibawahnya seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN Nasional, Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp, Pernas, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), UDA Holdings Berhad dan sebagainya.

“Kita juga ingin melihat usahawan-usahawan dan koperasi-koperasi yang kita bangunkan ini, kita bantu selama ini, tampil dengan lebih banyak program tanggungjawab sosial korporat untuk sama-sama membangunkan keperluan rakyat kita.

“Saya berharap program seperti ini tidak hanya kita laksanakan sepanjang bulan Ramadan, tetapi sepanjang tahun kerana kekuatan kita ini bermula daripada keluarga, rumah kita, perlu kita ingat masih ada rumah kanak-kanak yang lebih memerlukan fokus tambahan kita,” kata beliau.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri