Perpaduan bukan satu pilihan tapi keperluan rakyat Malaysia

ALOR SETAR – Perpaduan yang dipupuk sejak hampir tujuh dekad lalu terus menjadi kunci utama dalam memastikan kestabilan dan kemajuan negara.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, perpaduan bukanlah satu pilihan, sebaliknya satu keperluan bagi Malaysia untuk terus bertahan dalam menghadapi cabaran semasa.

“Kita perlu sedar bahawa negara ini tidak terbentuk secara kebetulan. Ia mengambil masa dan usaha yang panjang untuk mencapai kestabilan hari ini.

“Perpaduan di negara ini bukan satu pilihan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk mengekalkan keharmonian yang telah dibina,” katanya semasa berucap di Masjid Al-Ehsan, Tongkang Yard di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian dalam satu program jelajah JKOM, Ihya’ Ramadan: Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja bertujuan mendekati rakyat dan menyampaikan mesej berkaitan keadaan semasa negara.

Jelasnya, kepelbagaian kaum, agama dan etnik di Malaysia bukanlah satu kelemahan, sebaliknya merupakan aset yang perlu dipelihara dengan penuh tanggungjawab.

“Kepelbagaian ini adalah anugerah Tuhan yang menjadikan kita unik. Pemimpin terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok dan Tun VT Sanbanthan telah berusaha memastikan negara ini kekal bersatu meskipun terdapat perbezaan politik dan budaya.

“Namun saya dapati bahawa semangat perpaduan kini semakin longgar terutamanya dengan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh beberapa negeri dalam negara ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat agar terus mempertahankan perpaduan sebagai teras kestabilan negara, selain berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai panduan utama dalam membentuk identiti bangsa Malaysia.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan