511 mangsa kebakaran Kg Cempaka, Likas terima sumbangan dari Kerajaan Sabah

KOTA KINABALU – Seramai 511 mangsa kebakaran Kampung Cempaka, Likas terima sumbangan daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), di sini pada Khamis.

Penyampaian sumbangan sebanyak RM1,200 setiap KIR itu disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Likas dan Dewan Serbaguna Damai.

Jelas Arifin sumbangan sebanyak RM1,000 adalah dari MUIS dan RM200 daripada PBNS.

“Kita berharap sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban mangsa kebakaran iaitu seramai 91 Ketua Isi Rumah (KIR) keluarga membabitkan 511 orang,” katanya dalam sidang media selepas penyerahan sumbangan bantuan kebakaran Kg Cempaka, Likas.

Beliau yang juga merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Negeri Sabah berkata, bantuan pendidikan untuk anak-anak mangsa kebakaran yang kehilangan pakaian sekolah akan disalurkan kemudian.

“Kita akan bantu melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah setelah senarai penerima dikenal pasti oleh Ketua Kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

“Seperti biasa kita akan bantu mereka untuk memudahkan mereka menjalani pembelajaran mereka,” katanya

Dalam pada itu, beliau turut menzahir rasa simpati terhadap mangsa kebakaran yang ditimpa musibah pada bulan Ramadan.

“Kita amat bersimpati dengan situasi mereka, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.

“Kita membayangkan bagaimana mereka bersahur dan berbuka dalam keadaan begini,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai rayuan mangsa terjejas di PPS bagi pelanjutan penempatan, Ariffin berkata, pihaknya akan berbincang dengan pimpinan di kawasan berkenaan.

“Insya-Allah, saya akan bincang perkara ini bersama dengan pimpinan di kawasan ini dan jika memerlukan perkara tersebut, kita akan beri pertimbangan. 

“Tidak ada masalah. Yang penting mereka dapat menjalani kehidupan sementara dalam bulan Ramadan ini khususnya,” ujarnya.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri