Seorang wanita maut tertimbus tanah runtuh di Sepanggar

KOTA KINABALU – Seorang wanita meninggal dunia selepas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung (Kg) Lok Bonu, Jalan Sepanggar, di sini pada Rabu.

Mangsa yang berumur 53 tahun dipercayai tertimbus di dalam runtuhan tanah yang turut memusnahkan sebuah rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 4.32 pagi.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati berlaku hakisan tanah yang menimbus sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 10×15 menyebabkan kerosakan sepenuhnya.

“Terdapat dua mangsa terlibat dalam kejadian itu termasuk mayat seorang ibu yang dikeluarkan oleh pasukan bomba dari runtuhan tersebut.

“Selepas disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mayat mangsa tersebut diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ordine, seorang lagi mangsa yang terselamat dalam kejadian itu ialah seorang lelaki berumur 25 tahun.

“Mangsa berkenaan adalah anak lelaki kepada ibu terbabit yang tidak mengalami sebarang kecederaan daripada kejadian itu,” kata beliau.

Tambahnya, dalam operasi itu, seramai 10 anggota bomba telah digerakkan yang tiba di lokasi pada pukul 4.49 dalam jarak 23 kilometer (km) perjalanan dari balai.

“Operasi kemudian dapat dikawal pada pukul 6 pagi dan ditamatkan sepenuhnya setelah tiada bahaya lain yang wujud di lokasi pada pukul 7 pagi,” jelasnya.

Related Posts

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

KEMAMAN — Sebuah syarikat berpangkalan di Korea Selatan dilaporkan bersetuju melabur sehingga RM5 bilion bagi mengambil alih kilang CJ Bio Malaysia di Kerteh, yang dijadualkan menamatkan operasi secara berperingkat mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU – Penyelidikan berkaitan Sabah perlu mempunyai hubungan lebih dekat dengan keperluan masyarakat, industri dan pembangunan negeri bagi memastikan hasil kajian memberi impak praktikal. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz

Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz