Warga emas ditemukan maut di pusat rekreasi di Tawau

TAWAU – Seorang warga emas lelaki ditemukan meninggal dunia di kawasan tepi laluan pejalan kaki sebuah pusat rekreasi di Jalan Air Panas, pada Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Sabah berkata, menurut saksi, mangsa berumur 65 tahun itu dipercayai masuk ke kawasan hutan seorang diri kira-kira pukul 4.30 petang sebelum hilang kira-kira pukul 6 petang.

“Orang awam kemudian mencari mangsa pada 7 petang dan menemui mangsa yang tidak sedarkan diri di laluan berkenaan pukul 8 malam.

“Pasukan bomba mendapat panggilan untuk bantuan mengangkat dan bergerak sejauh 1.5 kilometer dari jalan utama ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa dari kawasan tersebut.

“Mangsa diangkat dengan bantuan orang awam menggunakan ‘strecher’,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan