Pemulihan bekalan beras tempatan sedang dilaksana secara berfasa

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan segera melaksana usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan (BPT) di pasaran.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar sentiasa memandang serius terhadap isu beras yang ketika ini menjadi pelbagai persoalan kepada pelbagai pihak, khususnya masyarakat tempatan.

“Perdana Menteri juga mengambil maklum berkenaan isu beras putih tempatan yang terus menjadi perhatian di negara ini. Insya-Allah, pemulihan bekalan itu sedang dilaksana secara berfasa.

“Perdana Menteri juga mengarahkan Kementerian untuk memaklumkan perkembangan berkenaan pemulihan bekalan ini secara berkala kepada rakyat,” katanya menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO),” katanya menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO), pada Isnin.

Terdahulu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mendapati tiada peruntukan dan perundangan subsidiari berhubung pendakwaan dalam kesalahan mencampurkan BPT dan BPI.

KPKM pada kenyataan memaklumkan bahawa tiada peruntukan dalam Akta Kawalan Padi Beras 1994 (Akta 522) yang membolehkan dikenakan tindakan undang-undang berhubung perbuatan berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan, kira-kira 40 hingga 50 peratus BPI daripada 5,000 sampel yang dianalisis MARDI disahkan bercampur dengan BPT.

Sementara itu, Tunku Nashrul menyangkal tuduhan bahawa wujud pertindihan fungsi antara taklimat harian PMO serta sidang media mingguan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.

“Pejabat Perdana Menteri juga ingin menggunakan ruang ini untuk menjelaskan persoalan yang ditimbulkan membabitkan peranan taklimat harian Pejabat Perdana Menteri, dan adakah ia bertindih dengan tugas jurucakap Kerajaan Madani, YB Fahmi Fadzil? Jawapannya tidak.

“Taklimat harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan, tetapi menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi kerajaan,” katanya.

Beliau menjelaskan, taklimat harian PMO memfokuskan kepada perkembangan harian dan gerak kerja Perdana Menteri serta penjelasannya mengenai isu-isu semasa mendesak selain arahan kepada kementerian mahupun agensi kerajaan.

Jelasnya, keperluan ia dilaksana bagi memastikan dasar kerajaan dilaksanakan dengan lebih sistematik, tersusun serta berkesan.

“Peranan Fahmi Fadzil selaku jurucakap Kerajaan Madani pula bertanggungjawab menjelaskan isu dan persoalan yang membabitkan dasar-dasar kerajaan, serta keputusan-keputusan yang dibuat di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

“Dengan strategi komunikasi yang lebih menyeluruh, kerajaan dapat memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat, di samping mencantas fitnah dan maklumat palsu dengan pantas dan berkesan,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok