Denda hingga RM5,000 jika tak hormat Ramadan

KUANTAN – Denda sehingga RM3,000 dan penjara maksimum dua tahun boleh dikenakan terhadap orang Islam yang tidak menghormati bulan Ramadan.

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam hantaran di Facebook menjelaskan perkara itu termaktub mengikut Seksyen 22 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Negeri Pahang.

Kesalahan merangkumi perbuatan tidak berpuasa secara terbuka serta menjual makanan, minuman, rokok atau seumpamanya kepada individu Islam pada waktu siang di bulan Ramadan.

“Bagi kesalahan berulang, hukuman lebih berat menanti dengan denda maksimum RM5,000 dan penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” menurut hebahan itu.

JAIP menasihatkan umat Islam di negeri ini agar menghormati bulan penuh keberkatan dengan menjauhi perkara yang boleh mencemarkan kesuciannya.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan