“Kalau ikut hasutan pembangkang hari tu, dapatlah seekor dua ayam….”

KALAU ikut hasutan pembangkang hari itu, memang ramai yang akan dapat seekor dua ayam sahaja, sinis Datuk Dr Azhar Ahmad.

Ahli Dewan Negara itu berkata demikian susulan pengumuman kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.3 peratus untuk simpanan konvensional dan peratusan yang sama juga untuk simpanan syariah, semalam.

“Duit dah habis bawa keluar, saya rasa ramai yang akan dapat ayam seekor dua hasil dividen 6.3 peratus ini. Mujur Kerajaan Perpaduan tetap tegas dalam hal ini.

“Anehnya pembangkang mendesak ketika itu pasca Covid-19, dah tak ada PKP dan rakyat boleh bekerja mencari rezeki. Bukan terkurung di rumah lagi.

“Hikmahnya kita perlu bersabar dalam menghadapi sesuatu ujian, jangan tergopoh-gapah dalam membuat tindakan. Pasti selepas hujan akan ada pelangi, susah akhirnya akan senang, sedih pasti gembira akhirnya, syaratnya kena sabar dan berusaha,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Para pemimpin pembangkang sebelum ini mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP untuk membantu rakyat yang terjejas punca pendapatan pasca Covid-19.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Wan Fahysal Wan Ahmad selaku Ketua Armada Bersatu silih berganti mendesak agar pencarum KWSP diberi kebenaran mengeluarkan duit simpanan mereka.

Azhar yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Beruas menghamburkan pujian kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gigih mengembalikan sekali gus merancakkan ekonomi negara sepanjang tahun lepas.

“Tahniah, terima kasih PMX dan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan, tanpa usaha keras mereka memantapkan ekonomi Malaysia khususnya di peringkat global pasti sukar KWSP memberi dividen sedemikian rupa sebanyak 6.3 peratus.

“Kadar dividen konvensional 6.3 peratus ini adalah tertinggi sejak 2018, sejarah juga terlakar apabila buat pertama kali peratusan dividen syariah sama dengan konvensional. Alhamdulillah syukur,” katanya.

Semalam, KWSP telah mengumumkan kadar dividen dengan jumlah agihan tertinggi dalam sejarah, yakni RM73.24 billion.

Perdana Menteri dalam kenyataannya mengakui prestasi memberangsangkan KWSP ini dipacu kepesatan pasaran modal Malaysia dalam sektor ekonomi global yang penuh dengan pelbagai cabaran.

Pencapaian ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI sekali gus memanfaatkan rakyat untuk pertumbuhan sejagat dan lestari.

Related Posts

60 penerbangan pembenihan awan dilaksana, rekod 90 peratus kejayaan

PETALING JAYA – Sebanyak 60 penerbangan bagi melaksanakan operasi pembenihan awan dilakukan di seluruh negara setakat Isnin lalu bagi menangani cuaca kering dan mengurangkan impak jerebu. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 perlu dilaksana segera, impak rakyat jadi keutamaan – Shamsul Azri

KUALA LUMPUR – Semua kementerian dan jabatan kerajaan perlu mempercepatkan persiapan pelaksanaan Belanjawan MADANI 2027 bagi memastikan setiap inisiatif yang diumumkan dapat diterjemahkan kepada manfaat nyata kepada rakyat seawal tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nik Abduh bela Eric See-To, mana ketegasan Pas soal al-Quran?

Nik Abduh bela Eric See-To, mana ketegasan Pas soal al-Quran?

Barcola buktikan kehebatan, bantu Liverpool kenduri gol

Barcola buktikan kehebatan, bantu Liverpool kenduri gol

60 penerbangan pembenihan awan dilaksana, rekod 90 peratus kejayaan

60 penerbangan pembenihan awan dilaksana, rekod 90 peratus kejayaan

Syarat simpanan RM15,000 bukan bebanan, ukur kesiapsiagaan jemaah haji

Syarat simpanan RM15,000 bukan bebanan, ukur kesiapsiagaan jemaah haji

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi